Blog ini mengenai makanan,permainan tradisonal dan tempat-tempat yang menarik yang terdapat di Malaysia.
Saturday, August 3, 2013
Permainan Wau Tradisonal Di Malaysia
Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan,Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan.Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.
Permainan Konda-Kondi
Konda kondi atau juga dikenali sebagai Perik mata ialah sejenis permainan tradisional kanak-kanak di Malaysia. Dalam masyarakat India, ia dipanggil 'kaunda kaundi'. Permainan ini boleh dimainkan sekurang-kurangnya 2 orang.Permainan ini menggunakan dua batang kayu sepanjang 0.5 meter. Sebuah lubang dikorek di atas tanah sedalam 0.2 meter dan lebar 0.2 meter juga. Kayu diletak di tengah lubang secara melintang. Sebatang kayu digunakan untuk menguit dan mengungkit kayu agar terpelanting jauh dari pemain lawan.
Telur Pindang
Telur Pindang adalah makanan tradisi orang Melayu Malaysia.
Telur pindang banyak terdapat di negeri Johor, dan beberapa kawasan lain di
bahagian selatan Malaysia. Walaupun asalnya adalah makanan tradisi Johor, kini
telur pindang sudah boleh diperolehi di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia.Biasanya
telur ayam digunakan untuk membuat telur pindang. Telur ayam mentah akan
direbus dengan herba-herba tertentu sehingga berubah warna kulitnya, sehingga
berubah menjadi perang gelap, manakala isinya (telur putih) akan berubah warna
menjadi perang cair. Masa merebus bergantung kepada resipi, namun biasanya
melibatkan masa panjang (sehingga beberapa hari).Disebabkan rasanya yang unik
dan berempah, serta proses masakannya yang agak rumit, telur pindang bukan
menjadi menu bagi makanan harian. Telur ini dibuat lebih untuk hari-hari keraian
serta untuk kenduri kahwin. Biasanya telur ini akan diberikan sebagai hadiah
tradisi di kenduri kahwin orang Melayu Johor kepada tetamu. Satu lagi
kelebihannya ialah telur pindang ini boleh tahan lama untuk dimakan, dan tidak
basi sehingga 2 minggu.
Keropok Lekor
Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan
tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang
terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan
sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji.
Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum
direbus didalam air panas.Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor
sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.Keropok
lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos
cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor di
beberapa negeri lain selain Terengganu.Keropok lekor biasanya tidak tahan lama.
Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor
hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan di tempat sejuk beku bagi
mengelakkan baunya mencemari makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu
dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya
tidak keropok berasa tawar.Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga
boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang
lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih
rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk.
Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia
sudah sejuk selepas digoreng.Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih
lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan
dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok
kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi
kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila
dimakan dengan sos cili.
Martabak
Martabak ialah sejenis
makanan yang ada dijual di Malaysia, terutama popular di Johor. Martabak ada dua
jenis iaitu martabak ayam dan daging. Di Indonesia,
martabak disebut sebagai martabak telur.
Martabak Raja dari Kelantan.
Di Kelantan terdapat
hidangan martabak istimewa yang tebal dan mempunyai banyak inti yang dikenali
sebagai Martabak Raja. Ia terkenal diseluruh Malaysia. Martabak ini
merupakan martabak yang dihidangkan kepada keluarga DiRaja Kelantanketika
1950-an, tetapi kini ia dijual kepada umum. Martabak ini terdiri daripada tiga
lapisan segi empat sama dengan inti daging atau ayam.
Gunung Murud
Gunung Murud merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.Gunung Murud mempunyai ketinggian setinggi 2,438 meter.Gunung Murud mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Taman Negara Bako
Terletak 37 km dari Kuching, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan
sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak.
Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara, ia mempunyai hampir kesemua spesis tumbuhan
yang dapat dijumpai di Borneo.Monyet
Prtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara
haiwan liar, tetapi lain kata, jika adanya Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai. Taman itu merekodkan 316
spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang
berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet
orang Belanda serta yang bernasib boleh terserempak dengan spesies ikan
lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di negeri ini.Taman Negara Bako hanya akan
sampai selepas menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia
telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan
terancam.Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April
sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak
begitu lembap dipengaruhi oleh monsun.
Friday, August 2, 2013
Permainan Tradisional Di Malaysia (Gasing)
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya,
sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional
orang-orang Melayusejak
dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing
dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing
mampu berputar.Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik
dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali
gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung
kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa
digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
Antara Makanan Malaysia
Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau juga Melayu bersantan dengandaging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini
disediakan dengan santan,
lada,bawang, daun kunyit,
daun limau purut dan kerisik.
Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut
kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja.
Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah
daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat
popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri
seperti tamat berzanji,
majlis perkahwinan, majlis berkatan ataubersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan
sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga diMalaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang
Tok pula terkenal di Negeri Perak.Rendang
juga disebut dalam banyak kesusteraan Melayu klassik seperti Hikayat Amir Hamzah yang membuktikan ia adalah masakan
Melayu sejak 1550-an.
Tempat Menarik Di Sarawak (Gua Angin)
Gua Angin ialah sebuah gua semula jadi yang terletak kira-kira 5 km
di barat daya pekan Bau, di Bahagian Kuching, Sarawak, bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Pekan Bau terletak kira-kira 45 minit memandu dari bandar raya Kuching, dalam perjalanan ke arah pekan Serikin di sempadan Sarawak-Indonesia.Selain Gua Angin,
terdapat beberapa lagi gua lain di daerah Bau ini seperti Gua Bunian atau Gua
Pari-Pari. Dahulunya, gua-gua ini dihuni oleh manusia pada zaman dahulu kala
dan sumber aliran air boleh ditemui di dalam gua ini. Kini gua-gua ini didiami
ribuan kelawar dan burung layang-layang.Menurut sejarah, Gua
Angin mendapat nama tersebut kerana terowong di dalam gua tersebut menjadi laluan angin sepoi sepoi bahasa yang keluar masuk dari
satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain.Terdapat beberapa pintu
masuk utama di Gua Angin, walau bagaimanapun salah satu laluan di sebelah
selatan gua, iaitu bersebelahan dengan Sungai Sarawak ditutup buat masa ini kerana batu penyokong jambatan kayu yang
merentasi gua telah runtuh dan merosakkan struktur jambatan tersebut.Bentuk stalagmit,
stalagtit dan formasi batu kapur yang lain di dalam Gua Angin dikatakan
terhasil sejak 60 juta tahun yang lalu. Bentuknya bermacam, malah ada yang
menyerupai seperti kepala buaya dan juga rangka buaya!Di luar Gua Angin,
terdapat juga pondok Baruk bagi tempat pelancong berehat. Pelancong juga boleh
mandi di Sungai Sarawak yang berhampiran gua. Airnya agak deras tetapi cetek
dan selamat untuk mandi. Terdapat kemudahan bilik bersalin untuk mereka yang
mandi di Sungai Sarawak, tandas, dan gerai makanan dan minuman berhampiran
situ.
Subscribe to:
Posts (Atom)