Gua Angin ialah sebuah gua semula jadi yang terletak kira-kira 5 km
di barat daya pekan Bau, di Bahagian Kuching, Sarawak, bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Pekan Bau terletak kira-kira 45 minit memandu dari bandar raya Kuching, dalam perjalanan ke arah pekan Serikin di sempadan Sarawak-Indonesia.Selain Gua Angin,
terdapat beberapa lagi gua lain di daerah Bau ini seperti Gua Bunian atau Gua
Pari-Pari. Dahulunya, gua-gua ini dihuni oleh manusia pada zaman dahulu kala
dan sumber aliran air boleh ditemui di dalam gua ini. Kini gua-gua ini didiami
ribuan kelawar dan burung layang-layang.Menurut sejarah, Gua
Angin mendapat nama tersebut kerana terowong di dalam gua tersebut menjadi laluan angin sepoi sepoi bahasa yang keluar masuk dari
satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain.Terdapat beberapa pintu
masuk utama di Gua Angin, walau bagaimanapun salah satu laluan di sebelah
selatan gua, iaitu bersebelahan dengan Sungai Sarawak ditutup buat masa ini kerana batu penyokong jambatan kayu yang
merentasi gua telah runtuh dan merosakkan struktur jambatan tersebut.Bentuk stalagmit,
stalagtit dan formasi batu kapur yang lain di dalam Gua Angin dikatakan
terhasil sejak 60 juta tahun yang lalu. Bentuknya bermacam, malah ada yang
menyerupai seperti kepala buaya dan juga rangka buaya!Di luar Gua Angin,
terdapat juga pondok Baruk bagi tempat pelancong berehat. Pelancong juga boleh
mandi di Sungai Sarawak yang berhampiran gua. Airnya agak deras tetapi cetek
dan selamat untuk mandi. Terdapat kemudahan bilik bersalin untuk mereka yang
mandi di Sungai Sarawak, tandas, dan gerai makanan dan minuman berhampiran
situ.
Oooo. Sebenarnya saya pun pernah pergi gua angin ni
ReplyDeleteBest gila!